Monday, July 28, 2008

Berdasarkan novel "Subuh hilang senja",terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat.Berikan juga contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan kamu(20 markah) .



Novel 'Subuh hilang senja' yang ditulis oleh suratman markasan,merupakan sebuah buku yang penuh dengan pengajaran.Setiap sudut penceritaan novel ini,pasti ada pengajaran yang ingin dipertemukahkan kepada pembaca .

Pengajaran pertama yang saya memperolehi dari novel ini adalah, kita tidak seharusnya memandang rendah pada orang-orang yang miskin ataupun orang-orang yang berasal dari pulau,kerana walaupun mereka tidak mempunyai kekayaan ataupun perolehi reputasi yang tinggi,namun mereka mempunyai sifat-sifat dan kebijaksanaan yang harus dipuji .Seperti di dalam cerita ini,walaupun subuh seorang anak melayu yang miskin,mampu pergi ke raffles institution lalu ke maktab rendah.
Subuh terpaksa bekerja bertukus-lumus demi mengejar cita-citanya kerana bapanya tidak memberi wang untuk keperluan sehariannya .Dari itu,dia mempunyai inisiatif sendiri untuk berdikari dan juga berfikiran positif serta tidak berputus asa .Ini menunjukkan walaupun dia miskin,terdapat sifat yang mulia di dalamnya .Jadi kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap mereka .

Pengajaran yang kedua adalah,walaupun kita berlainan bangsa,tidak semestinya kita tidak bergaul dengan yang lain.Subuh dan Senja merupakan rakyat yang berlainan bangsa tetapi mereka boleh bergaul dengan mesra.Persahabatan mereka amat akrab sekali bagai isi dengan kuku.Malah,Senja terpegaruh dengan menjadi seorang anak melayu kerana selalu bergaul dengan orang-orang yang berbangsa melayu sehingga beliau tergerak hati untuk memeluk agama itu .Dan,Senja ialah seorang kawan yang patuh kepada janji kawannya.Dia berjanji kepada subuh untuk tidak memberitahu sesiapa kejadian yang sebenar selain daripada Salih and Bujang.Bapa senja ,Encik Tan Peng San pun boleh bergaul mesra dengan ayah Subuh,kerana mereka pernah tinggal di pulau yang sama.

Pengajaran yang ketiga adalah,kita tidak harus menilai seseorang itu daripada penampilan mereka.Di dalam cerita ini,walaupun mr.rodrigues seorang serani yang tampan dan kacak,tetapi dia tidak berperangai baik.Dia hanya mementingkan kepentingan dier sahaja dan tidak bermaksud akal apabila menghukum murid-muridnya.Dengan itu juga,dikatakan bahawa dia seorang yang memihak hanya kepada bangsa yang berkulit putih sahaja.Dalah bahasa inggeris,
dia dikatakan sebagai seorang yang ,'racist' .Yang tampan tidak dikelihatan buruknya dan yang kurang tidak kelihatan baiknya .



Yang terakhir,persahabatan antara Subuh ,senja,bujang dan salih,amat ikhlas dan tulus.
Mereka sanggup merahsiakan perhubungan Mr.Rodrigues dan Cikgu Roziah di atas permintaan subuh walaupun kadang kala mereka berasa rahsia itu patut diberitahu oleh pihak tertentu.
Juga sewaktu mereka dirotan kerana tidak setia terhadap maktab rendah mereka,mereka mengharungi hukuman itu bersama .
Walaupun Salih telah diberi banyak amaran daripada ibubapanya supaya jangan bercampur dengan mereka keranaSubuh,senja dan salih berasa dari pulau dan miskin ,dia tetap berkawan dengan mereka kerana dia mendapat erti persahabatan bersama mereka.
Mereka juga mendapat nasihat sesama sendiri dan selalu tanggung bersama-sama .


Dengan itu ,novel ini mengajar saya supaya ,pergaulan antara rakyat yang bertaraf atau berbangsa lain tidak menjadi masalah,selagi mereka dapat bergaul dengan baik ..




No comments: