Tuesday, March 24, 2009

Genre:Prosa Tradisional
Tajuk :Patung kencana dari kuripan


1.Ratu kuripan ialah seorang yang bertimbang rasa .
Ucapan :“ Kerana kasihan sungguh pada Galuh Cendera Kirana tinggal seorang diri tiada beribu.

2.Raja Kuripan seorang yang raja yang sopan .
Hubungan :”Ya adinda ,kakanda mendengar khabarnya ,bahawa Ratu Daha itu sudah mengalih pada isteri mudanya ,Si Liku”.

3.Galuh cendera kirana seorang puteri yang tidak beribu dan yatim piatu.
Latar:“Galuh Cendera kirana yang tinggal seorang diri tiada beribu”.

4.Ratu Daha seorang raja yang bodoh dan tidak mempunyai rasa kasih saying terhadap puterinya,galuh cendana.
Ucapan: Ayahanda sudah takluk di bawah perintah Liku.

5.Ratu Kuripan adalah seorang raja yang kaya raya .
Penampilan : Anak-anakan emas yang bertabur dengan permata untuk permainan Galuh Cendera daripada Raja kuripan .

6.Jerude adalah seorang hamba yang patuh kepada syarat raja dan ahli-ahli kerajaannya.
Aksi – Jerude pergilah berlari-lari menuju ke kampong Paman Patih untuk memanggil Mamanda Patih da menghadap Sultan .

7.Suruhan Raja Kuripan disambut meriah oleh orang-orang dari negeri Kuripan,
Aksi-“Ada pula yang menonton kemung dan gong dengan bersuka hati ,hingga riuh rendah bunyinya ,terlalu amat ramainya.”
“Segeralah menghampiri dan menyambut serta menyoraki mereka itu .”

8.Galuh Ajeng adalah seorang puteri yang manja.
Aksi-“Galuh ajeng pun telah memilih anak-anakan yang lebih baik bungkusannya.


9.Ratu Daha
Latar-mempunyai dua puteri bernama Galuh Cendera Kirana dan Galuh ajeng.Beliau juga mempunya dua isterinya iaitu Permaisuri yang telah meninggal dunia dan juga Paduka Liku,isteri keduanya.

10.Paduka Liku-Seorang yang jahat dan mementingkan diri sendiri ,
Ucapan –“Permaisuri yang mati kerana memakan racun yang telah disediakan oleh Paduka Liku.


11.Mahadewi adalah seorang yang prihatin dan penyayang.
Hubungan-“Mahadewi pun memujuk Galuh Cendana Kirana itu dengan perkataan yang amat merdu lagi lemah lembut.”

12.Galuh Cendana seorang yang mengikut kata orang-orang tua.
Ucapan: “Dari sebab sangat takut pada orang tua dan dari sebab mendengar kata,lalu diturutnya akan perkataan Mahadewi itu kerana ialah yang menjadi ganti ibunya yang sudah meninggal dunia

Tuesday, February 24, 2009

Refleksi tentang sesi perkongsian di sekolah menengah dunearn

Sesi perkongsian itu telah banyak memafaatkan diri saya dari segi ,
nota-nota untuk komponen yang telah mereka memberi ulasan.
Dari itu juga,saya dapat mengetahui tentang nilai murni,tema,perwatakan,persoalan yang lain-lain yang boleh diperolehi daripada cerpen hikayat mat jenin dan cerpen,pusaran.
Yang paling memafaatkan ialah,presentasi tentang cara mengupas bentuk dan nada dalam sajak yang telah dibincangkan oleh Cikgu Sazali dari BPGH.
Saya berpendapat bahawa ulasan yang diberikan dia itu sangat berharga kerana kita dapat menganalisasi sajak dengan lebih lanjut dan dapat menggunakannya untuk menjawab persoalan-persoalan daripada sajak.
Saya berharap pada masa yang akan datang,sesi-sesi begini akan dibuat lagi :D

Tuesday, February 17, 2009

Prosa tradisional :Peminangan Puteri Gunung Ledang

Sunday, September 7, 2008

Sajak :Anak laut &Pusaran

Sajak anak laut .
4 pengajaran yang saya dapat mempelajari dari sajak tersebut adalah ,
Pertama,
Kita sebagai umat Islam ,wajib untuk bertakwa kepada Tuhan dan mempercayai kepada takdir,kerana ajal dan maut di tangan Yang Maha Esa.
Kedua,kita harus menghargai sesuatu yang telah diberikan Allah kepada kita.
Ketiga,Kehidupan seorang nelayan itu amat tenang seperti laut yang tenang .
dan akhir sekali ,
Rezeki yang telah diperolehi oleh nelayan tersebut halal.



Pusaran
Tema utama dalam cerpen ini adalah ,kasih sayang.
Buktinya ,sayang Junid kepada Pusaran amat mendalam walaupun Pusaran ialah seekor kambing.Ada juga ikatan yang amat ganjil di antara pusaran dan Junid iaitu pusaran tidak akan makan santapannya jika junid tidak berjumpa atau berada di sisinya.
Kasih sayang antara ibu junid dan junid juga kelihatan dalam cerpen ini .
Ibu junid tidak mahu ayahnya menjual pusaran kerana dia bimbang junid akan sedih dan akan berkelakuan tidak baik seperti,dia tidak akan makan ataupun berbual bersama ibu bapanya.

Wednesday, August 20, 2008

Sajak tentang Persahabatan .

Kau dan aku,
kawan karib dari dulu.
Tidak ku mahu berputus hubungan denganmu ,
Walaupun jarak selalu memisahkan kita berdua .

Onak dan duri yang berlalu,telah kita harungi bersama,
tidak ku mahu lupakan semua itu .

Muliati Dan Cikgu.

Muliati :

Latar belakang-Seorang yang miskin dan dijagahi neneknya setelah ibubapa serta adik-beradiknya terkorban akibat nahas dalam jalanraya .

Seorang yang cacat secara phisikal .



Tiga perwatakan -

1.Dia seorang yang mendahagakan kasih sayang daripada seorang ibu atau ayah ,dan dalam ini,iaitu cikgu.Kerana itu ,dia selalu mengharap agar cikgunya kembali ke pangkuannya.

2.Dia seorang yang tidak memikirkan apa yang dikatakan orang lain walaupun dia cacat ,dihina dan diejek oleh rakan-rakannya.

3.Dia seorang yang rajin belajar demi kepentingan kehidupannya dan juga nasihat yang diberi oleh cikgunya dan nenek nya .Akhirnya ,dia mendapat segulung ijazah atas kerajinannya selama ini .





Cikgu :

Seorang guru yang telah berumah tangga selama lima tahun dan tidak mempunyai seorang cahaya mata.Muliati dianggap sebagai anak angkatnya kerana dia tahu Muliati ialah seorang anak yatim piatu .

1.Dia seorang yang prihatin terhadap makanminum serta kehidupan Muliati,kerana dia tidak mahu muliati putus asa dalam perlajaran walaupun dia telah kehilangan orang yang dikasihinya .

2. Dia juga seorang yang tidak berputus asa menasihati muliati supaya rajin belajar kerana dia tahu muliati berkemampuan untuk membuat sedemikian .

Monday, August 4, 2008

Perawatakan senja

PERWATAKAN subuh .

Pada pendapat saya,subuh mempunyai watak yang berhati mulia.Dia ialah seorang kawan yang baik kepada rakan-rakannya seperti Senja,Bujang dan Salih dan juga guru-gurunya .
Dia ialah seorang yang suka menolong orang lain dan juga seorang yang bertimbang rasa kepada maktab rendahnya kerana dia sanggup menyuruh Senja untuk menyimpan rahsia tersebut bagi bagi menyelamatkan nama maktab rendah mereka.
Dia juga seorang yang alim kerana tidak mengabaikan solatnya.Dia juga menghormati guru-gurunya dan juga berdikari untuk menampung kehidupan sehariannya kerana bapanya tidak memberi wang kepadanya.
Dia juga seorang yang pandai kerana walaupun dia berasal dari pulau,dia mampu belajar ke peringkat maktab rendah kini .
Subuh juga ialah seorang rakan yang tulus persahabatannya dengan Senja,Bujang dan Salih kerana dia sanggup menjalani hukuman yang diberikan Encik Gerago.


perwatakan Senja .
1.Berfikiran positif bahawa Subuh akan sembuh kerana selalu berdoa akan kebaikan kawannya itu .
2.Seorang yang ikhlas menolong rakan-rakannya dalam masalah .
3.Ikhlas dan taat kepada agama yang baru dipeluknya walaupun dia tidak tahu jika ibubapanya menentangnya menukar agama .

Monday, July 28, 2008

Berdasarkan novel "Subuh hilang senja",terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat.Berikan juga contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan kamu(20 markah) .



Novel 'Subuh hilang senja' yang ditulis oleh suratman markasan,merupakan sebuah buku yang penuh dengan pengajaran.Setiap sudut penceritaan novel ini,pasti ada pengajaran yang ingin dipertemukahkan kepada pembaca .

Pengajaran pertama yang saya memperolehi dari novel ini adalah, kita tidak seharusnya memandang rendah pada orang-orang yang miskin ataupun orang-orang yang berasal dari pulau,kerana walaupun mereka tidak mempunyai kekayaan ataupun perolehi reputasi yang tinggi,namun mereka mempunyai sifat-sifat dan kebijaksanaan yang harus dipuji .Seperti di dalam cerita ini,walaupun subuh seorang anak melayu yang miskin,mampu pergi ke raffles institution lalu ke maktab rendah.
Subuh terpaksa bekerja bertukus-lumus demi mengejar cita-citanya kerana bapanya tidak memberi wang untuk keperluan sehariannya .Dari itu,dia mempunyai inisiatif sendiri untuk berdikari dan juga berfikiran positif serta tidak berputus asa .Ini menunjukkan walaupun dia miskin,terdapat sifat yang mulia di dalamnya .Jadi kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap mereka .

Pengajaran yang kedua adalah,walaupun kita berlainan bangsa,tidak semestinya kita tidak bergaul dengan yang lain.Subuh dan Senja merupakan rakyat yang berlainan bangsa tetapi mereka boleh bergaul dengan mesra.Persahabatan mereka amat akrab sekali bagai isi dengan kuku.Malah,Senja terpegaruh dengan menjadi seorang anak melayu kerana selalu bergaul dengan orang-orang yang berbangsa melayu sehingga beliau tergerak hati untuk memeluk agama itu .Dan,Senja ialah seorang kawan yang patuh kepada janji kawannya.Dia berjanji kepada subuh untuk tidak memberitahu sesiapa kejadian yang sebenar selain daripada Salih and Bujang.Bapa senja ,Encik Tan Peng San pun boleh bergaul mesra dengan ayah Subuh,kerana mereka pernah tinggal di pulau yang sama.

Pengajaran yang ketiga adalah,kita tidak harus menilai seseorang itu daripada penampilan mereka.Di dalam cerita ini,walaupun mr.rodrigues seorang serani yang tampan dan kacak,tetapi dia tidak berperangai baik.Dia hanya mementingkan kepentingan dier sahaja dan tidak bermaksud akal apabila menghukum murid-muridnya.Dengan itu juga,dikatakan bahawa dia seorang yang memihak hanya kepada bangsa yang berkulit putih sahaja.Dalah bahasa inggeris,
dia dikatakan sebagai seorang yang ,'racist' .Yang tampan tidak dikelihatan buruknya dan yang kurang tidak kelihatan baiknya .



Yang terakhir,persahabatan antara Subuh ,senja,bujang dan salih,amat ikhlas dan tulus.
Mereka sanggup merahsiakan perhubungan Mr.Rodrigues dan Cikgu Roziah di atas permintaan subuh walaupun kadang kala mereka berasa rahsia itu patut diberitahu oleh pihak tertentu.
Juga sewaktu mereka dirotan kerana tidak setia terhadap maktab rendah mereka,mereka mengharungi hukuman itu bersama .
Walaupun Salih telah diberi banyak amaran daripada ibubapanya supaya jangan bercampur dengan mereka keranaSubuh,senja dan salih berasa dari pulau dan miskin ,dia tetap berkawan dengan mereka kerana dia mendapat erti persahabatan bersama mereka.
Mereka juga mendapat nasihat sesama sendiri dan selalu tanggung bersama-sama .


Dengan itu ,novel ini mengajar saya supaya ,pergaulan antara rakyat yang bertaraf atau berbangsa lain tidak menjadi masalah,selagi mereka dapat bergaul dengan baik ..